Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak merupakan sebuah Sekolah integrasi yang terletak di Pulau Serai.
Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 197 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan salah sebuah dari 54 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.
Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu InSTAR terus berkembang dan kini telah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.
Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, Visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam annex yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang diperhalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan.
Pada 2009, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak memiliki 197 pelajar lelaki dan 228 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 425 orang. Ia mempunyai seramai 58 orang guru.2009
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (Inggeris: Tun Abdul Razak Integrated Boarding School, Singkatan: InSTAR) merupakan salah sebuah dari 54 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini terletak di Pulau Serai, Pekan, Pahang. Moto sekolah ini ialah Beyond Success dan visi sekolah ialah Pendidikan Sepanjang Hayat.
Sejarah
InSTAR telah dibuka pada 4 Ogos 2003 dengan nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan (SBPIP) hanya dihuni oleh para pelajar Tingkatan Satu yang diambil dari sekolah-sekolah sekitar Pahang yang berkelayakan. Pengambilan para pelajar Tingkatan Empat pertama dimulakan pada tahun 2004. Keluasan tapak sekolah ini ialah 38 ekar yang terletak dalam kawasan DUN Peramu Jaya, Parlimen Pekan, kira-kira 15km dari bandar Pekan dan 35km dari bandar Kuantan.Pada 23 Mei 2010, nama Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan telah ditukar secara rasmi kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak dengan nama singkatan InSTAR (Intergrated Boarding School of Tun Abdul Razak). Sejak itu InSTAR terus berkembang dan kini telah mencapai muatan maksimum dengan enrolmen 560 orang pelajar, 62 orang guru dan 20 orang kakitangan sokongan.
Senarai pengetua
Sejak beroperasi pada 4 Ogos 2003, InSTAR telah diterajui oleh tiga orang pengetua seperti berikut:| Bil | Nama | Tahun Khidmat | |||
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Tuan Haji Abas bin Abdul Rahman, AMP | 2003-2006 | |||
| 2 | Tuan Haji Mokhtar bin Abdullah, AMP, AMN, PKC | 2006-2008 | |||
| 3 | Tuan Haji Azhari bin Tauhid, SMP | 2008-Kini |
Tuan Haji Azhari bin Tauhid telah menerajui InSTAR sejak 16 April 2008. Dalam Rancangan Jangka Panjang 2010-2015, Visi sekolah ini telah diubah kepada "Menjadi Sekolah Berkesan Yang Bertaraf Dunia" yang disesuaikan dengan Visi Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan iaitu "Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia". Salah satu agenda terhadap pencapaian visi ini ialah pengemblengan seluruh tenaga ke arah pencapaian taraf "Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)". Enam annex yang ditetapkan dalam SBT cuba dicapai melalui program-program dalam rancangan jangka panjang tersebut yang diperhalusi dalam rancangan jangka pendek tahunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan